GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 28, 2013

Himpunan besar-besar bantah GST, TPPA


Posted on the November 24th, 2013 under Politik by admin

SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-59 memutuskan akan menggerakkan himpunan rakyat secara besar-besaran bagi membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA.

Mewakili PAS Pusat, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan himpunan itu akan digerakkan dengan penggemblengan parti-parti Pakatan Rakyat, NGO dan semua pihak bagi membongkar segala termasuk penyelewengan sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.

Mohamad berkata, bebanan baru dipaksakan ke atas rakyat seperti cukai GST yang akan membebankan, kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan lainnya telah mendedahkan rakyat kepada bebanan ekonomi yang serius serta peningkatan kadar inflasi negara.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) yang menjelaskan usul itu berkata, cukai GST adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan membawa kepada kezaliman.

Tegasnya, kegagalan kerajaan BN mencegah kebocoran, pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa tidak seharusnya diletakkan bebannya ke atas rakyat.

Tambahnya, TPPA yang jelas akan meletakkan negara kepada satu bentuk penjajahan ekonomi oleh kuasa besar, sedang negara akan berhadapan dengan pelbagai peraturan yang merugikan rakyat.

Usul itu disokong PAS Kawasan Bandar Tun Razak yang menerusi, Dr Rosni Adam, perwakilan Johor, Zulkifli Ahmad dan Negeri Sembilan, Khairul Azidi.

Usul ekonomi yang diterima dalam muktamar itu dikemukakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Berikut ialah kandungan usul tersebut.

Menyedari bahawa Laporan Audit Negara setiap tahun mendedahkan pelbagai penyelewangan dan salahlaku yang sangat serius, melibatkan dana billion ringgit,

Menyedari pelbagai bebanan baru dipaksakan ke atas rakyat seperti cukai GST yang akan membebankan, kenaikan harga barangan, pemotongan sabsidi dan lainnya telah mendedahkan rakyat kepada bebanan ekonomi yang serius serta peningkatan kadar inflasi negara.

Menyedari juga bahawa cukai GST adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan membawa kepada kezaliman

Menyedari Kegagalan kerajaan BN mencegah kebocoran, pembaziran, rasuah dan salahguna kuasa tidak seharusnya diletakkan bebannya ke atas rakyat.

Menyedari bahawa TPPA yang jelas akan meletakkan negara kepada satu bentuk penjajahan ekonomi oleh kuasa besar, sedang negara akan berhadapan dengan pelbagai peraturan yang merugikan rakyat,

Menyedari betapa gagalnya kerajaan mengambil sebarang langkah bagi mengatasi segala penyelewengan tersebut,

Maka muktamar yang diadakan hari ini mencadangkan agar satu himpunan rakyat diadakan secara besar-besaran dengan pengembelingan semua parti-parti PR, NGO dan semua pihak bagi membongkar segala penyelewengan sebagaimana laporan audit serta membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA.

Harakah

No comments:

Post a Comment