GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 28, 2013

GST jamin sistem percukaian efisyen dan telus


2013/11/26 - 17:11:26 PM

LABUAN: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan membolehkan sistem pungutan cukai dilaksanakan secara efisyen dan telus. 

Pengarah Projek (1) Kementerian Kewangan Malaysia, Izlizan Othman, berkata pelaksanaannya dapat memperbaiki kelemahan pengurusan cukai SST (cukai perkhidmatan dan jualan) seperti menyelesaikan cukai berganda atau cukai yang selama ini tidak disalurkan semula kepada kerajaan. 

"Pelaksanaan GST akan memberi kebaikan kepada semua kerana sistemnya mudah difahami berbanding SST yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan, dan mengelirukan rakyat tetap tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya dalam satu taklimat GST di sini, minggu lalu. 

“Sudah semestinya GST mempunyai kelebihan berbanding percukaian sedia ada,” katanya. 

SST yang mengenakan cukai 16 peratus akan digantikan dengan GST enam peratus mulai April 2015. 

Sementara itu Izlizan berkata pelaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat, malah GST merupakan sebahagian daripada program pembaharuan terhadap sistem percukaian negara yang lebih mantap dan telus. 

Izlizan berkata sistem GST lebih cekap, berkesan serta telus kerana pengguna sendiri akan mengetahui jumlah cukai yang mereka bayar untuk mendapatkan produk atau barangan. 
Mengenai isu peningkatan harga akibat pengambilan untung, Izlizan berkata kerajaan akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 untuk mengekang masalah itu. 

"Panduan pembeli, seperti senarai 900 barangan yang dikenakan GST akan dikeluarkan tiga bulan sebelum pelaksanaan GST bagi memaklumkan mengenai perubahan harga," katanya. 

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment