GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 28, 2013

PAC puas hati keterangan kastam, LHDN


Publication: HM
Date of publication: Nov 27, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 021

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan keterangan yang diberikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru-baru ini.

Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamad berkata, PAC berpuas hati dengan penerangan yang diberikan kedua-dua jabatan itu namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu ditambah baik sebelum pelaksanaan GSTbermula 2015.

"Ini kali pertama kedua-dua jabatan ini dipanggil kerana PAC memandang serius dengan apa yang berlaku ketika ini.

"Kerajaan disarankan lebih berhemat menguruskan perbelanjaan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan melalui kutipan hasilnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Parlimen, semalam.

Mesyuarat itu dihadiri Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar

Nur Jazlan berkata, kerajaan perlu meningkatkan jumlah pembayar cukai kerana negara tidak boleh lagi bergantung kepada cukai daripada sumber petroleum.

"Di negara ini nisbah pembayar cukai kepada pekerja sangat rendah iaitu dianggarkan 1.7 juta orang kepada 12 juta pekerja saja, " katanya.

No comments:

Post a Comment