GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 29, 2013

Pengilang gemar GST daripada SST



KUALA LUMPUR, 28 Nov - Kebanyakan responden dalam kajian terbaharu Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) lebih menggemari perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang digunakan sekarang.

Dalam Kajian Keadaan Perniagaan Setengah Kedua 2013 FMM-MIER 2013, 56.8 peratus daripada 394 responden di seluruh negara memilih untuk beralih kepada GST, sementara 43.2 peratus memilih untuk meneruskan SST.

Presiden FMM Tan Sri Yong Poh Kon berkata, 6.1 peratus daripada responden itu bersetuju dengan kadar enam peratus yang akan diperkenalkan kerajaan, tetapi hampir 80 peratus berpendapat GST patut bermula daripada empat peratus, sementara 13.2 peratus memilih kadar lima peratus. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment