GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 25, 2013

Desak kerajaan laksana hukum syariah


Publication: BM
Date of publication: Nov 24, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 011

Shah Alam: PAS semalam meluluskan usul mendesak kerajaan menggubal dan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang jenayah Islam menjadi sebahagian daripada perundangan negara.

Kerajaan turut didesak supaya tidak menyekat pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di negeri yang ingin melaksanakannya.

Usul bersama daripada PAS Kawasan Kuala Krau dan Dewan Muslimat itu adalah antara empat usul yang diterima dengan bahas pada Muktamar di Stadium Malawati, semalam.

Wakil PAS Kuala Krau, Shahril Azman, ketika membentangkan usul itu berkata, PAS perlu menjadi badan pendesak kepada Kerajaan Pusat untuk memastikan pelaksanaan hukum syariat di negara ini.

Katanya, tindakan meminggir atau melewatkan pelaksanaan hukum syariah akan menjadi buah mulut rakyat.

"Kejayaan mengetengahkan hukum Islam akan menjadi kayu pengukur terhadap kejayaan perjuangan Islam dibawa PAS khususnya di Kelantan," katanya.

Usul lain yang diterima dengan bahas ialah mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan sistem kabotaj yang dibawa PAS Kawasan Beaufort, manakala Dewan Pemuda mendesak PAS mengutuk tindakan rejim pemerintahan Bangladesh terhadap Jama'at Islamiyah.

Mengikut Dasar Kabotaj yang dilaksanakan pada 1 Januari 1980, pengangkutan barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di Malaysia, termasuk di kawasan zon ekonomi eksklusif hendaklah diangkut oleh kapal berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang sah.

Jawatankuasa PAS dan Dewan Ulama turut mengemukakan usul mencadangkan himpunan rakyat diadakan secara besar-besaran dengan penggemblengan parti pakatan pembangkang dan badan bukan kerajaan.

Himpunan itu bertujuan membongkar penyelewengan sebagaimana laporan audit serta membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Jawatankuasa Usul yang dipengerusikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menerima tujuh usul tanpa bahas antaranya dua usul daripada Dewan Ulama iaitu mendesak PAS dan pakatan pembangkang mewujud dan menggerakkan mekanisme penyelarasan pentadbiran bagi negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.

No comments:

Post a Comment