GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 25, 2013

Komited perkukuh fiskal negara


ISMANIZA AHMAD
24 November 2013
Ahmad Husni (kanan) ketika melawat tapak projek semalam.
IPOH – Hasil usaha kerajaan untuk konsulisasi kedudukan fiskal melalui bajet melonjakkan kedudukan Malaysia dan diterima baik badan-badan rating antarabangsa terutama Muddies.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kejayaan peningkatan kedudukan ini dilihat apabila Malaysia serius untuk mengukuhkan kedudukan fiskal dengan pengurangan salah satu subsidi.

Menurutnya, daripada pengurangan tersebut, Malaysia akan mengurangkan perbelanjaan subsidi malah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) 2015 menjadikan mereka yakin dengan apa yang dilakukan.

“Ini memberi gambaran terbaik pertumbuhan ekonomi negara untuk mencapai sasaran 4.5 peratus hingga 5 peratus boleh tercapai.

“Jika diikutkan pada suku tahun pertama dan kedua adalah 4.5 peratus manakala suku ketiga mencapai 5 peratus malah kita jangkakan pada suku keempat ia mencapai lebih 5 peratus,” katanya selepas melawat tapak projek kedai di Pekan Chemor, semalam.

Beliau berkata, walaupun segelintir rakyat tidak bersetuju dengan pengurangan subsidi dan cukai tetapi Muddies melihat dari sudut berbeza dan ia jelas memberikan kedudukan positif kepada Malaysia.

Katanya, rakyat akan menerima perubahan ini sedikit demi sedikit walaupun pembangkang sering mengungkit soal ketirisan namun ia masih dalam penyiasatan malah apa yang dilaporkan Ketua Audit Negara hanyalah teguran.

“Sekiranya kes yang disiasat itu benar maka bolehlah dikatakan ada ketirisan pada masa sama, mereka mengatakan pelaksanaan cukai perlu dilakukan setelah negara mencapai pendapatan per kapita tinggi.

“Ada juga negara per kapita bawah AS$ 1,000 seperti Mali turut melaksanakan cukai ini.

"Jika perkara itu elok mengapa perlu tunggu lama untuk mengubah sistem lama kepada baru,” katanya.

Jelasnya, pada 11 Disember depan satu mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh perdana menteri bersama menteri dan ketua jabatan akan memperincikan soal bajet supaya peruntukan yang diberikan dapat digunakan secara efisien dan berkesan.

No comments:

Post a Comment