GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 28, 2013

`Seri Perdana milik rakyat, saya hanya menumpang'


Publication: BH
Date of publication: Nov 25, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 003

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam menjelaskan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya adalah milik rakyat dan beliau hanya `menumpang' di situ.

"Saya cuma tumpang sekali sekala. Presiden China (Xi Jinping) datang sini dan kita buat jamuan makan malam (di Seri Perdana). Kita hendak makan dalam gelapkah? Kita makan dengan cahaya lilinkah? Bolehkah saya kata, ini romantik?" katanya.

Beliau memberi penjelasan itu berikutan dakwaan pembangkang kononnya bil elektrik Seri Perdana terlalu tinggi.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dari DAP, berkata bil elektrik RM2.2 juta di Seri Perdana adalah untuk keseluruhan kompleks itu dan bukan setakat kediaman Perdana Menteri.

BN tak seburuk dituduh

Ia termasuk dewan serba guna dan kuarters kakitangan kompleks berkenaan.

Berucap merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di sini, semalam, Perdana Menteri secara berseloroh berkata, beliau lebih banyak menginap di rumahnya di ibu kota, berhampiran rumah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan 'boleh nampak apa yang dibuat' menteri terbabit.

Najib berkata, pembangkang sering membuat perbandingan tidak seimbang antara jasa Barisan Nasional (BN) dengan masalah ketirisan dalam agensi dan jabatan kerajaan sedangkan hakikatnya, kerajaan BN tidak seburuk yang dituduh pembangkang.

"Saya akui memang ada ketirisan. Mana ada negara yang tidak ada ketirisan? Bagaimanapun, kita sedang betulkan keadaan ini. Dulu pembangkang kata tidak setuju dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi sekarang mereka buat pusingan U dengan pelbagai alasan. Mereka itu pakar pusing," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak termakan dengan taktik kotor pembangkang untuk mendapatkan sokongan.

Langkah pembaharuan

Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan kemampuan kerajaan menguruskan ekonomi makro, fiskal dan hutang negara semakin membuahkan hasil apabila Moody's Investors Service meningkatkan tinjauan hutang Kerajaan Malaysia.

Agensi penarafan antarabangsa berpangkalan di New York itu mengumumkan tinjauan penarafan A3 Malaysia ditingkatkan kepada positif daripada stabil, baru-baru ini.

Firma itu berkata, perubahan dalam unjuran dibuat berdasarkan langkah pembaharuan diambil kerajaan dalam mengukuhkan kedudukan fiskal negara dan tinjauan positif ke atas hutang kerajaan.

No comments:

Post a Comment