GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 28, 2013

PR nafi GST elak negara bangkrap


NIZAM ZAIN
26 November 2013
Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] PR menafikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menjadi instrumen ekonomi bagi mengelakkan negara daripada menjadi muflis.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa GST bukanlah 'cukai ajaib' yang boleh menyelesaikan masalah ekonomi negara sebaliknya kegagalan kerajaan mengatasi kelemahan pengurusan kewangan akan menyebabkan negara bangkrap.

"Kalau kewangan kita betul-betul kukuh seperti jawapan menteri berkenaan dalam Dewan Rakyat semalam, Najib tidak patut timbulkan soal GST kalau tidak laksana boleh bangkrapkan negara.

"Sebab itu ia menunjukkan kenyataan kerajaan itu "flip-flop" dan bertentangan malah kerajaan BN tidak boleh sembunyikan masalah kewangan negara sebenar daripada pengetahuan rakyat," katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengakui Malaysia akan jatuh bangkrap seperti Greece jika melaksanakan GST dalam masa terdekat.

Kata Najib, Malaysia mempunyai dua pilihan sama ada meningkatkan pendapatan negara melalui GST atau membebankan negara dengan meminjam lebih banyak wang.

"Kita terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan dan sebab itulah kami (kerajaan) perlu melaksanakan GST," katanya.

Sementara itu, Tony Pua (Petaling Jaya Utara) juga senada dengan kenyataan Rafizi sambil mendesak kerajaan mengatasi kelemahan pengurusan kewangan terlebih dahulu sebelum melaksanakan cukai baru itu.

"GST bukan sebab utama punca negara akan bangkrap tetapi sikap boros, ketirisan, rasuah dan tadbir urus yang lemah punca sebenar," dakwanya.

Bagi Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam), GST bukanlah 'penyembuh ajaib' bagi masalah kewangan negara sedangkan pendapatan negara semakin bertambah namun kelemahan pengurusan kewangan negara menyebabkan rizab negara semakin menyusut sehingga memerlukan cukai baru itu dilaksanakan segera.

"Masalah sekarang ialah bukan untuk mendapatkan lebih pendapatan tetapi masalah kecekapan pengurusan tadbir urus kewangan negara yang lemah," dakwanya.

No comments:

Post a Comment