GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 28, 2013

Defisit negara boleh selesai setahun


ARKIB : 26/11/2013

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Kerajaan boleh menyelesaikan defisit negara dalam tempoh hanya setahun tanpa perlu menunggu hingga tahun 2020 sekiranya tidak memperuntukkan pemberian subsidi berjumlah RM44 bilion kepada rakyat.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana mahu mensejahterakan kehidupan rakyat dengan pelbagai bentuk bantuan dan subsidi yang telah dijanjikan.

"Sukar untuk kerajaan menarik balik subsidi kerana tujuannya untuk mensejahterakan rakyat.

"Jadi, sebarang rasionalisasi subsidi perlulah disokong, apabila kerajaan tarik sesuatu, kita akan beri sesuatu kepada rakyat yang memerlukan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) mengenai langkah kerajaan mengurangkan beban hutang negara selain pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam pada itu, menjawab soalan lisan Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan), Ahmad memberitahu, sehingga 30 September lalu, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM529.2 bilion atau 53.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK), jauh lebih rendah berbanding beberapa negara maju lain.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM512.3 bilion atau 96.8 peratus merupakan hutang dalam negeri manakala baki 16.9 bilion iaitu 3.2 peratus adalah hutang luar negeri.

"Jumlah hutang luar negeri yang rendah selaras dengan dasar kerajaan mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah serta dapat meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, hutang luar negeri itu masih terkawal memandangkan kebanyakannya adalah hutang melalui terbitan bon kerajaan manakala hutang luar pula adalah kecil.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment