GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 28, 2013

Beri Ruang Kerajaan Baiki Sistem Cukai Negara




November 28, 2013

GEORGETOWN – Rakyat harus bersikap adil dan memberi peluang kepada kerajaan untuk menerang dan menjelaskan mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke peringkat akar umbi dalam usaha menambah baik sistem percukaian negara.

Pegawai Kemajuan Negeri Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Syed Shaari Syed Abdullah berkata rakyat perlu memberi masa dan ruang kepada kerajaan untuk memperjelas perkara itu dan jangan mudah mempercayai tohmahan pihak tertentu.

“Kalau kita lihat di negara mana pun memang GST ini satu sistem yang lebih adil. Cuma di negara kita ni kita belum biasa lagi, jadi adalah berbagai tohmahan. Semua orang tak suka dikenakan cukai. Kalau boleh nak jadi macam Brunei tidak payah dikenakan cukai.

“Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan GST ini. Sebab itu, kerajaan mengambil masa untuk melaksanakannya. Kita pun kena ‘adil’ kepada kerajaan, bagi peluang untuk memperbaiki sistem ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat GST bertajuk ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksanakan Janji’, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Ishak Abdullah.

Kira-kira 300 peserta daripada jabatan dan agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan Komuniti 1Malaysia menghadiri taklimat anjuran bersama anjuran bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu.

Sementara itu, Ishak berkata sesi penerangan pelaksanaan GST itu akan berterusan dari semasa ke semasa dan memfokuskan kepada penjawat awam kerana mereka adalah jurucakap tidak langsung kerajaan.

Beliau berkata sesi penerangan di peringkat akar umbi akan dibuat dalam skala yang lebih kecil menerusi pertubuhan bukan kerajaan di bawah jabatan itu iaitu Komuniti 1Malaysia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment