GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 28, 2013

Kerajaan optimis capai unjuran KDNK 5 peratus


Publication: HM
Date of publication: Nov 27, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 056

Kuala Lumpur: Kerajaan optimis mencatatkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.5 hingga lima peratus tahun ini didorong keyakinan mencapai lebih lima peratus KDNK pada suku keempat.

Unjuran KDNK pada suku keempat yang mampu mencapai lebih lima peratus membuktikan keadaan ekonomi Malaysia terus berkembang walaupun sedikit menguncup pada suku pertama dan kedua tahun ini berikutan kelemahan aktiviti eksport disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak memberangsangkan dalam tempoh berkenaan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, beberapa faktor boleh mendorong pencapaian lebih lima peratus KDNK pada suku keempat tahun ini antaranya agensi penarafan antarabangsa, Moody's meningkatkan status Malaysia dari peringkat kukuh kepada positif.

Beliau berkata, pengiktirafan Moody's mengambil kira kepada pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015 dan pengurangan subsidi.

"Pencapaian Malaysia mencatatkan KDNK lima peratus pada suku ketiga antara tertinggi dalam kalangan negara di dunia juga menunjukkan kerajaan serius mengawal perbelanjaan negara bagi mengukuhkan ekonomi tahun ini.

"Tambahan, dalam rangka kewangan ekonomi negara yang mengambil langkah dalam mengurangkan subsidi turut membantu menguruskan perbelanjaan domestik sekali gus membantu meningkatkan peratusan KDNK pada suku keempat," katanya selepas merasmikan ASEAN Wealth Management Summit di sini, semalam.

Persidangan itu yang berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 November ini bertemakan Bagaimana Membangunkan Asia Tenggara Dalam Era Baru Pengurusan Kekayaan menarik lebih 550 delegasi dari 15 negara bagi membincangkan pelbagai isu serta hala industri pengurusan kekayaan.

No comments:

Post a Comment