GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, February 28, 2014

UOB jangka pasaran ekuiti naik


Publication: HM
Date of publication: Feb 24, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 037

Kuala Lumpur: UOB Asset Management (Malaysia) Berhad (UOB) menjangkakan pasaran ekuiti tempatan meningkat menjelang suku kedua tahun ini dibantu faktor mudah tunai domestik yang kukuh dan momentum daripada pelan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ketua Pegawai Pelaburannya, Francis Eng berkata, pasaran juga dijangka perlahan pada separuh pertama namun akan mula mencatatkan peningkatan momentum menjelang separuh kedua 2014 dibantu pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.

"Pasaran ekuiti tempatan juga dijangka mencatatkan prestasi lebih baik jika dibandingkan Indonesia atau Thailand kerana kedua-dua negara itu menghadapi tekanan makro ekonomi yang lebih besar dan ketidaktentuan politik," katanya pada majlis taklimat media mengenai jangkaan pasaran 2014 di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, individu yang melakukan pelaburan perlu memilih syarikat dalam industri tepat bagi memastikan pelaburan dilakukan memberikan pulangan dengan UOB menjangkakan tiga sektor dengan prospek terbaik bagi tahun ini iaitu pembinaan, utiliti dan pelancongan.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 5.0 hingga 5.5 peratus tahun ini di mana negara tidak pernah menjadi pasaran murah terutama sekali disebabkan oleh faktor mudah tunai domestik. Secara lazimnya, pasaran perniagaan Malaysia diniagakan sedikit lebih daripada kadar purata.

"Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pengurangan subsidi mungkin menjejaskan penggunaan mudah tunai domestik namun ia dianggap sebagai kekurangan jangka pendek yang tidak dapat dielakkan demi mencapai pengukuhan keadaan fiskal negara bagi jangka waktu sederhana dan panjang," katanya.

Dalam perkembangan sama, UOB menjangkakan pemulihan ekonomi negara maju akan memacu kebangkitan semula pasaran ekuiti dunia terutama sekali di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment