GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, February 28, 2014

TPP: Malaysia minta fleksibiliti bidang tertentu


25 Februari 2014
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus meminta fleksibiliti dan 'pengasingan' dalam menangani isu-isu berkepentingan pada mesyuarat perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). 

Mesyuarat peringkat menteri selama empat hari di Singapura itu berakhir hari ini. Ia bermula pada Sabtu lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamedberkata isu-isu penting itu termasuk Bumiputera, pemerolehan kerajaan, alam sekitar, buruh, hak cipta intelektual dan syarikat milik negara.

Dalam soal akses pasaran barangan, Mustapa berkata Malaysia bersedia untukmemberi komitmen menyeluruh 'namun bergantung kepada imbangan keseluruhanrundingan'.

"Setakat ini Malaysia telah mencapai kemajuan baik dalam perbincangan dua hala mengenai akses pasaran," kata beliau dalam satu kenyataan.

Mengenai tembakau, Mustapa berkata pegawai Malaysia telah mengadakan rundingan tidak rasmi dengan pegawai dari beberapa negara untuk mendapatkan pengecualian TPP bagi tembakau dan produk tembakau.

Mustapa berkata Malaysia akan terus mengadakan pertemuan dalam negeri denganramai golongan berkepentingan untuk berkongsi hasil mesyuarat di Singapura itu dan mengenai masa depan. 

"Matlamat mesyuarat peringkat menteri itu adalah untuk menimbangkan kemungkinan pilihan dan mengkaji kompromi mengenai isu-isu berbangkit daripada pertemuan Disember 2013.

"Rundingan intensif empat hari itu tertumpu kepada aspek akses pasaran," katanya. 

Mustapa berkata menteri-menteri perdagangan mencapai kemajuan dalam sebahagian daripada isu berbangkit namun masih ada perbezaan besar dalam bidang yang agak sukar seperti hak cipta intelek, syarikat milik kerajaan dan alam sekitar.

Dalam bidang berkenaan, para menteri memutuskan pilihan supaya perunding terus berbincang bagi mencapai kompromi yang sesuai, kata beliau.

Dalam aspek akses pasaran, mereka bertukar-tukar maklumat mengenai kemajuanpelbagai rundingan dua hala. 

"Menteri-menteri turut membincangkan pelbagai pilihan dalam usaha meneruskanrundingan dalam soal akses pasaran dan rundingan dua hala," katanya. 

Sementara itu, bercakap pada sidang akhbar di Singapura, Mustapa berkata Malaysia berpuas hati terhadap hasil mesyuarat itu walaupun belum ada hasil kukuh.

"Belum ada perjanjian, tetapi sekurang-kurangnya kita mencapai kemajuan. Kita perlu tinjau semua perkara berkepentingan, dan jika ia perkara asas berkaitan dasar, kita atau undang-undang kita, sukar untuk kita berkompromi," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment