GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, February 28, 2014

Seri Paduka berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan hadir pada
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-234 yang dipengerusikan oleh
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Negara, Kuala Lumpur,
semalam. Turut hadir, Najib Tun Razak dan Menteri Besar
Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri). - BERNAMA
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-234 di Istana Negara.

Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim.

Mesyuarat itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mesyuarat hari kedua itu dihadiri oleh semua Raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Perak oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

Kesemua Yang Dipertua Negeri turut hadir.

Dalam mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah diiringi ketua menteri masing-masing.

Yang Dipertua Negeri Sarawak pula hadir diiringi Menteri Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili ketua menteri.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata, dalam mesyuarat itu, Zulkifeli telah memberikan taklimat terkini mengenai pertahanan negara, isu keselamatan oleh Khalid manakala taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta kos sara hidup disampaikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Antara perkara lain yang dibincangkan termasuk mengenai agama Islam.

serta isu mengenai darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

serta pelantikan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan Ahli-Ahli Lembaga Pengelola The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment