GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, February 28, 2014

TPP: Syarikat Bumiputera tidak akan ketinggalan


24 Februari 2014

SINGAPURA - Syarikat Bumiputera yang besar tidak akan secara automatik ketinggalan dalam persaingan dengan syarikat asing berikutan perjanjian perdagangan Perkongsian Trans Pasifik (TPP) tetapi sebaliknya akan mempunyai peluang untuk membida kontrak asing di negara-negara anggota TPP yang lain.

Ketua Pusat Yayasan Temasek bagi Perdagangan Dan Rundingan (TFCTN) Dr Deborah Elms berkata: "Saya tahu dasar Bumiputera sangat sensitif di Malaysia dan saya hanya mahu menangani kebimbangan yang berterusan mengenai mengapa perlu membuka perolehan.

"Jawapan untuk itu ialah sehingga 40 peratus daripada ekonomi ialah barang dan perkhidmatan yang kerajaan beli. Jadi, jadi jika tidak membukanya, maka akan terlepas dari awal lagi banyak aktiviti ekonomi. 

"Jadi, itulah sebabnya ia menjadi sebahagian daripadaa perjanjian ini. Tetapi, bagi dasar Bumiputera khususnya, ingin saya nyatakan bahawa perjanjian itu tidak membuka semua perolehan kerajaan ... bukan setiap klip kertas, tidak setiap pensil yang kerajaan beli," kata Elms kepada Bernama di luar acara mesyuarat peringkat menteri TPP di sini.

Menteri-menteri Perdagangan dan pegawai dari Australia, Brunei Darussalam , Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat, Vietnam dan Singapura menghadiri rundingan perdagangan empat hari yang bermula pada Sabtu.

Malaysia diwakili oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Semasa menjelaskan bagaimana TPP berfungsi, Elms berkata hanya bahagian-bahagian tertentu dalam perolehan kerajaan akan dibuka dan bagi pembelian Persekutuan.

Beliau berkata kebanyakan syarikat Bumiputera adalah perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia tetapi masih layak untuk kontrak-kontrak yang tidak akan dibuka untuk persaingan.

"Walaupun syarikat Bumiputera yang besar akan layak untuk kontrak kerajaan, tetapi mereka perlu untuk membuat tawaran dalam persaingan dengan syarikat asing. Tetapi, itu tidak bermakna mereka secara automatik ketinggalan dalam persaingan itu, ia hanya bermaksud bahawa mereka perlu membuat tawaran, " katanya.

Elms berkata syarikat-syarikat itu kini mempunyai peluang untuk membida dalam 40 peratus daripada kontrak di negara-negara anggota TPP yang lain. 

"Saya menjangka banyak syarikat Malaysia ... yang besar ... sepatutnya bersaing di pasaran perolehan lain juga, supaya mereka mendapat tawaran bagi produk dan perkhidmatan negara-negara lain.

"Saya tidak yakin syarikat-syarikat Bumiputera akan secara automatik ketinggalan akibat daripada TPP.

"Saya fikir mereka sebenarnya mungkin mendapat manfaat daripada TPP kerana saiz pasaran akan meningkat untuk mereka," katanya.

Beliau berkata syarikat-syarikat tidak perlu takut walaupun akan wujud lebih banyak persaingan tetapi keseluruhan saiz pasaran akan meningkatkan perolehan bukan sahaja di Malaysia tetapi saiz pasaran di luar Malaysia. 

Sebagai contoh, kejayaan Singapura berikutan pemeteraian FTA dengan Amerika Syarikat, beliau berkata FTA Singapura-AS kini berusia 10 tahun, dan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara melonjak dan menjadikan Singapura destinasi terbesar bagi pelaburan AS di Asia. 

Beliau berkata pelaburan masuk sebegini yang Malaysia boleh jangkakan dengan TPP kerana terdapat lebih banyak lagi dalam perjanjian ini berbanding kebanyakan FTA.

Beliau menjelaskan bahawa ia bukan sahaja memberi laluan kepada barang-barang tetapi juga pelaburan, perkhidmatan serta semua jenis komitmen yang boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara tuan rumah lebih dikehendaki.

"Bagi syarikat, perniagaan, individu ... dan saya rasa itulah perkara utama yang didapati daripada perjanjian perdagangan bebas. Ia adalah sambungan dan rangkaian ke dalam pasaran lain, supaya anda mengambil kesempatan daripada pasaran yang lebih luas daripada apa yang ada dalam negara," katanya. 

Oleh kerana pasaran dalam negara terlalu kecil, beliau berkata: "Anda perlu mengambil kesempatan terhadap ekonomi global dan mendapatkan sumber dan input dari kawasan seluas mungkin.

"Dengan TPP, apa yang penting ialah ia memberi 12 pasaran untuk mendapatkan komponen dan bahan-bahan mentah dan untuk menjual kepada 12 pasaran utama.

"Ini juga penting, kemungkinan pengembangan pada masa depan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment