GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, February 28, 2014

Sistem mudah pastikan GST capai matlamat


Publication: BH
Date of publication: Feb 27, 2014
Section heading: Bisnes
Page number: 001

Struktur sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mudah perlu bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya, demikian mengikut pakar pelaksanaan cukai berkenaan dari United Kingdom (UK).

Pengurus Dasar VAT Kanan HM Revenue & Customs (pihak berkuasa cukai UK), Andrew Webb, berkata sistem GST yang rumit akan menjejaskan pelaksanaannya, meskipun cukai itu adalah struktur percukaian paling berkesan di dunia.

Beliau berkata, sistem GST yang mudah tidak mempunyai terlalu banyak kadar dan pengecualian yang akan merosakkan sistem percukaian itu apabila ia dilaksanakan kelak.

Sistem semudah mungkin

"Berdasarkan pengalaman saya, adalah relevan untuk mempunyai sistem GST semudah yang mungkin," katanya ketika ditemui sempena penganjuran Forum GST Malaysia: Pengajaran daripada United Kingdom dan Singapura anjuran Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) di Kuala Lumpur, semalam.

Webb berkata, pihak berkuasa cukai perlu mengadakan lebih banyak pertemuan dan perbincangan dengan komuniti perniagaan serta persatuan perdagangan bagi memastikan pelaksanaan sistem GST yang mudah dan berkesan.

Bel iau berkata, menerusi pertemuan perbincangan itu, secara tidak langsung akan mengukuhkan kepercayaan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai keperluan masing-masing dalam pelaksanaan sistem cukai itu.

"Apa saja jenis cukai di dunia ini perlu bergantung kepada perniagaan secara keseluruhannya bagi menyokong sistem cukai kerana ia adalah kontrak. Jika mereka tidak menghormati kontrak, keseluruhan sistem akan runtuh," katanya yang juga salah seorang penceramah pada forum itu.

Webb berkata, GST yang turut dikenali Cukai Nilai Tambah (VAT) di sesetengah negara adalah sistem cukai terbaik dan mekanisme pengumpul hasil yang sangat penting.

No comments:

Post a Comment