GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, February 28, 2014

GST perlu ikut kesesuaian negara


ARKIB : 27/02/2014

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Konsep cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan tahun depan tidak perlu mengikut contoh-contoh sedia ada, sebaliknya harus berbeza mengikut kesesuaian di negara ini.

Pengurus Kanan Dasar Cukai Nilai Tambah (VAT) di firma HM Revenue & Customs (HMRC), United Kingdom, Andrew Webb berkata, GST perlu digubal mengikut kesesuaian negara masing-masing kerana pelaksanaannya itu nanti akan memberi kesan kepada pelbagai pihak.

Beliau walau bagaimanapun, turut menekankan bahawa ciri-ciri asas GST itu perlu ada supaya tidak kelihatan seperi cukai yang jauh berlainan.

"Kini, terdapat banyak garis panduan boleh dilihat untuk dijadikan rujukan oleh Malaysia ke arah melaksanakan GST dengan lancar dan kondusif.

"Apa yang penting, apabila GST ini dilaksanakan, cukai itu seharusnya boleh membantu golongan berpendapatan rendah," katanya ketika menceritakan pengalamannya pada Forum Kebangsaan ‘Cukai Barang dan Perkhidmatan Malaysia: Pengajaran dari United Kingdom dan Singapura’ di sini hari ini.

Tambahnya lagi, GST secara keseluruhannya adalah baik untuk negara dalam menjana perolehan dan sememangnya sudah terbukti di United Kingdom sejak dilaksanakan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Kumpulan Antarabangsa, Penyiasatan dan Cukai Tidak Langsung Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura (IRAS), Chia Tern Huey Min berkata, GST dilaksanakan sejak 1994 dan negara pada ketika itu berhadapan cabaran untuk melaksanakannya dalam jangka masa pendek.

"IRAS justeru mengambil beberapa langkah dalam mengatasi kekangan masa dengan memastikan syarikat-syarikat terlibat bersedia untuk GST, melancarkan program publisiti yang menyasarkan ahli perniagaan dan orang awam di samping persediaan bagi pihak IRAS sendiri.

"Program seperti seminar, kelas dan lawatan antara medium yang sesuai untuk mendekati golongan berkaitan supaya mereka benar-benar memahami keperluan dan kepentingan peranannya terhadap pelaksanaan GST," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment