GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, February 28, 2014

Ke mana arah tuju TPP?


FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
27 Februari 2014
Mustapa (kanan, depan) bersama menteri perdagangan negara
TPP dalam mesyuarat di Singapura yang berakhir, kelmarin. - FOTO: AFP
JIKA diukur berdasarkan kenyataan menteri-menteri negara dalam rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) selepas mesyuarat di Singapura, kelmarin, seolah-olah tiada perkembangan baru dalam rundingan itu kerana mereka masih lagi gagal mencapai persetujuan bagi isu-isu sensitif dalam TPP.

Pakar undang-undang dari Universiti Auckland di New Zealand, Jane Kelsey yang mengikuti perkembangan mesyuarat empat hari bermula 22 Februari lalu itu berkata, ada dua sebab utama rundingan itu gagal dimuktamadkan di Singapura.

"Pertama, rundingan berhubung akses pasaran bagi produk pertanian masih buntu kerana Amerika Syarikat (AS) dan Jepun enggan berganjak daripada kedudukan mereka manakala negara TPP lain hanya menjadi pemerhati apabila dua negara ini 'bertarung' dalam isu tersebut.

"AS tuntut Jepun berkompromi dalam lima produk sensitif iaitu beras, daging lembu dan babi, gula, gandum dan tenusu, selain produk automotif tetapi AS sendiri tidak mahu membuka pasaran automotifnya kepada Jepun," menurut Kelsey.

Selain itu, menurut Kelsey, perkara kedua menyebabkan tiada kata putus di Singapura adalah semua kerajaan terlibat tidak dapat membuat keputusan berhubung beberapa isu dasar dan peraturan.

Dalam TPP, semua negara perlu bersetuju dengan satu peraturan sama bagi semua perkara sebelum rundingan dapat dimuktamadkan.

Kos rundingan tidak sebesar kesan buruk masa depan

"Berapa lama kita perlu membuang sumber yang terhad untuk rundingan ini, yang mana pulangan yang diharapkan adalah sangat rendah tetapi risiko terhadap kedaulatan undang-undang negara sangat tinggi," soal Kelsey yang menganggarkan kos mesyuarat di Singapura bagi delegasi New Zealand mencecah AS$100,000 (RM327,000).

Namun, bagi gabungan Bantah TPPA yang menentang penyertaan Malaysia dalam TPP, isu kos rundingan hanyalah isu kecil jika dibandingkan dengan kesan yang mungkin dihadapi jika negara menandatangani TPP, khususnya di bawah bab Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS).

Pengerusi Bersama Bantah TPPA, Azlan Awang berkata, jika Malaysia menandatangani TPP yang diselitkan dengan bab ISDS, negara akan menanggung lebih banyak kos pada masa depan, terutama jika kerajaan disaman syarikat luar di bawah ISDS.

"Berdasarkan kes-kes sebelum ini, sesebuah negara perlu mengeluarkan kos pembelaan untuk kes saman di bawah ISDS secara puratanya AS$6 juta (RM19.6 juta), iaitu untuk pasukan pembelaan dan menggerakkan tenaga kerja di kementerian berbeza untuk menghadapi kes itu.

"Ini baru kos, belum lagi dikira saman ratusan juta ringgit oleh syarikat luar ke atas kerajaan," katanya sambil menambah kebimbangan utama adalah kedaulatan negara mungkin tergadai selepas TPP ditandatangani.

Dalam taklimat media baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi pendirian Malaysia yang tidak akan berkompromi dalam perkara melibatkan perlembagaan, kuasa kerajaan negeri dan dasar-dasar utama negara.

No comments:

Post a Comment