GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, February 28, 2014

Rang undang-undang GST dibentang Mac


ARKIB : 27/02/2014
Oleh NUR HANANI AZMAN
ekonomi@utusan.com.my
Ahmad Maslan dan Jawhar Hassan (kiri) memperkatakan sesuatu
pada majlis Forum Kebangsaan GST di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dibentangkan di Dewan Rakyat yang bersidang mulai 10 Mac ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ketika ini proses penyediaan draf rang undang-undang itu berada di peringkat akhir dan sedang disemak oleh pejabat Peguam Negara.

Beliau berkata, pembentangan rang undang-undang berkenaan ke Parlimen tahun ini adalah perlu kerana jika tidak, GST tidak dapat dilaksanakan tahun depan.

"Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dijangka membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali pertama, kedua dan ketiga.

"Pembentangan ini seterusnya sudah tentu akan didebatkan oleh semua anggota Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kebangsaan ‘Cukai Barang dan Perkhidmatan Malaysia: Pengajaran daripada United Kingdom dan Singapura’ di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Ketua Eksekutif ISIS, Tan Sri Rastam Mohd. Isa.

Forum anjuran ISIS itu bertujuan menangani setiap isu berkaitan pelaksanaan GST menerusi perkongsian pengalaman oleh pakar-pakar dari negara yang telah melaksanakannya iaitu United Kingdom dan Singapura.

Forum berkenaan mendapat sambutan lebih 130 peserta terdiri daripada para pengarah, ketua pegawai kewangan, pengurus dan penganalisis ekonomi syarikat-syarikat tempatan.

Dalam pembentangan Bajet 2014 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar enam peratus bermula April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Menurut Ahmad, berdasarkan pembentangan oleh wakil dari dua buah negara itu, sebahagiannya adalah dalam pengetahuan pihak Kementerian Kewangan dan selebihnya dikira sebagai elemen baharu yang dilihat berpotensi untuk dikaji dengan lebih mendalam.

Beliau berkata, pengalaman pelaksanaan GST di United Kingdom misalnya, menunjukkan terdapat kadar sifar di mana hanya diguna pakai dalam situasi tertentu.

"Selain United Kingdom dan Singapura, kami juga tidak terlepas pandang akan sistem pelaksanaan GST di lebih 100 buah negara lain dalam usaha menghasilkan rang undang-undang yang relevan," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment