GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, January 2, 2014

Tempias Bajet 2014


Publication: HM
Date of publication: Jan 1, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 059
Byline / Author: Oleh Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Industri perbankan dan ekonomi negara pada 2014 bakal menerima kesan daripada Belanjawan 2014 yang memberi fokus untuk membendung spekulasi harta, inflasi lebih pantas akibat rasionalisasi subsidi terutama bagi harga bahan api dan tenaga serta persediaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2015.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad (MAYBANK) Datuk Farid Alias berkata, inisiatif terbabit menyebabkan permintaan pinjaman isi rumah akan berada pada tahap sederhana, potensi tekanan dalam kualiti aset semasa peningkatan inflasi dan kecairan yang meningkatkan kos pembiayaan serta menyumbang kepada kemampanan margin faedah bersih.

"Faktor global seperti krisis hutang Eurozone, revolusi Arab, bajet Amerika Syarikat (AS), kebuntuan hutang siling dan kelembapan pertumbuhan ekonomi China dilihat turut menyumbang kepada situasi terbabit. Oleh itu, semua pemain utama perlu berhadapan dan menguruskan situasi ini dengan baik bagi memastikan industri perbankan negara terus mencatatkan pacuan positif," katanya.

Beliau berkata, tahun depan menyaksikan industri fokus kepada dasar monetori dan fiskal Amerika Syarikat (AS) dalam spekulasi penirusan pelonggaran kuantitatif (QE) daripada Rizab Persekutuan, tarikh tamat fiskal iaitu tempoh tamat pembiayaan Kerajaan Persekutuan AS pada 15 Januari ini dan penggantungan hutang siling sehingga 7 Februari 2014.

"Peristiwa itu dilihat mempunyai kesan besar kepada industri perbankan melalui pelbagai perubahan dalam aliran modal, mata wang dan pasaran kewangan di samping kemampanan pemulihan baru muncul di Eropah dan pelaksanaan pembaharuan ekonomi serta pengimbangan semula di China," katanya.

Farid berkata, industri perbankan global perlu mengendalikan landskap operasi yang diwarnai dengan perkembangan peraturan, peningkatan kuasa kawalan dan pandangan penyeliaan akibat krisis kewangan global yang merangkumi modal tinggi dan keperluan mudah tunai, kawalan dan had ke atas aktiviti tertentu seperti terbitan, perdagangan komoditi dan perbankan runcit.

Menurutnya, MAYBANK positif dengan tinjauan dasar dan ekonomi negara bagi tahun depan berdasarkan pacuan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada separuh kedua tahun ini di mana ia dijangka berada pada kadar lima peratus berbanding 4.5 peratus yang dianggarkan pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment