GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, January 3, 2014

Ahli KIM perlu bantu sebar maklumat GST


PUTATAN 2 Jan. - Ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) di negeri ini bertanggungjawab membantu kerajaan menyebarkan maklumat mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Almain Ajirul berkata, mereka yakin ahli K1M juga perlu memainkan peranan dalam menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan dengan betul.

"Tidak dinafikan peranan K1M menjadi wakil penyebar maklumat dan dasar kerajaan. Dengan ini, mereka harus sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya agar maklumat disampaikan adalah betul," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Malam Mesra K1M Daerah Putatan Bersama Pengarah Jabatan Penerangan di sini semalam.

Almain berkata, pembabitan anggota K1M diharap dapat memberi gambaran jelas kepada masyarakat.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment