GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, January 2, 2014

GST masih efisien tetapi harus ada prasyarat, kata Anwar

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
OCTOBER 30, 2013
LATEST UPDATE: OCTOBER 30, 2013 04:11 PM
Anwar Ibrahim berucap dalam forum mengenai GST di Parlimen. -
Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Oktober, 2013.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengakui penggunaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah langkah yang efisien namun infrastruktur sistem percukaian berkenaan perlu disemak termasuk pengukuhan pendapatan rakyat.

"Saya menyokong kajian GST. Itu langkah dan sistem percukaian yang efisien," kata Anwar semasa ucaptama taklimat GST dan Belanjawan 2014 anjuran Institut Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur.

"Namun kita perlu melihat pendapatan rakyat meningkat, pastikan infrastruktur percukaian cukup baik sebelum melaksanakannya," kata Anwar.

Beliau turut menegaskan, sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan, idea berkaitan pelaksanaan GST pernah diutarakannya namun ia tidak dilaksanakan.

"Memang betul saya setuju sistem itu efisien tetapi ia belum terlaksana dalam negara pada 1998," katanya.

"Monopoli itu perlu dihentikan juga. Ia menyebabkan harga barang naik," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 minggu lalu berkenan pelaksanaan GST pada April 2015 mencetuskan bantahan pelbagai pihak termasuk kumpulan masyarakat umum dan juga pembangkang.

Pemimpin pembangkang menegaskan cukai bersifat 'regressive' yang dikenakan pada kadar 6% itu tidak sesuai dilaksanakan sekarang memandangkan majoriti rakyat Malaysia masih tidak mempunyai pendapatan yang kukuh dengan 1.8 juta sahaja yang layak membayar cukai.

Justeru, Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) memperuntukkan pelaksanan GST ditangguhkan sehingga tempoh masa sesuai. - 30 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment