GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, January 2, 2014

GST: Gubal segera undang-undang


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kerajaan perlu segera menggubal undang-undang mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan tidak menunggu sehingga pelaksanaannya pada 1 April 2015.

Rakan Pengurusan Crowe Horwath Malaysia, Poon Yew Hoe berkata, walaupun GST merupakan sistem yang baik, namun terdapat banyak ulasan negatif dalam pasaran mengenainya.

Dengan menyediakan undang-undang mengenainya lebih awal, ia akan memberi keyakinan dan kepastian kepada perniagaan mengenai pelaksanaannya.

"Perniagaan tidak suka sesuatu yang tidak pasti. Sama ada undang-undang GST, peraturan atau garis panduan industri, kami mahu ia disediakan awal supaya kami dapat mengkaji butirannya.

"Jika ada masalah, kabur atau tidak pasti, kami boleh mendapatkan penjelasan," katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Beliau berkata, apabila undang-undang jelas, perniagaan akan lebih inovatif untuk menyelesaikan sendiri masalah perniagaan mereka.

Mengenai kebimbangan pelaksanaan GST akan menyebabkan harga meningkat, Yew Hoe berkata, jika peniagaan mengawal kos dengan baik dan tidak terlebih caj, harga tidak akan meningkat dengan ketara.

"Mengikut perkiraan, kami mendapati beberapa harga barangan akan turun dan sebilangan lagi naik. Lazimnya seperti sektor hartanah yang sebahagiannya menjejaskan syarikat pembinaan, secara teorinya tidak wajar berlaku peningkatan harga yang ketara," katanya.

Ini disebabkan syarikat pembinaan membeli bahan daripada pengeluar yang sebelum ini membayar cukai jualan dan perkhidmatan untuk barangan mereka, tetapi kini membayar kurang untuk GST.

Pengurangan dalam kos ini diturunkan kepada pemaju, katanya. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment