GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, January 2, 2014

Bantu sebar luas maklumat GST


31 Disember 2013

PUTATAN - Anggota Komuniti 1Malaysia (K1M) Sabah diminta membantu kerajaan menyebarluaskan maklumat mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015.

Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Almain Ajirul berkata, anggota K1M juga perlu memainkan peranan dalam menyampaikan dasar-dasar dan maklumat lain kerajaan.

"Peranan K1M tidak dapat dinafikan lagi sebagai ejen penyebar maklumat dan dasar-dasar kerajaan. Ahli-ahli K1M juga perlu sentiasa bersiap sedia dengan melengkapkan ilmu pengetahuan dan informasi tentang dasar-dasar kerajaan khususnya maklumat mengenai cukai GST bagi menyebarkannya kepada masyarakat di komuniti masing-masing," katanya pada Majlis Malam Mesra K1M Daerah Putatan Bersama Pengarah Jabatan Penerangan Sabah di sini, malam tadi.

Almain berkata penglibatan anggota K1M itu diharap dapat memberi pemahaman yang sejelas-jelasnya mengenai dasar-dasar kerajaan khususnya mengenai cukai GST yang menjadi bualan hangat ketika ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyambut baik dan bersetuju untuk membantu merealisasikan cadangan K1M Sabah mengadakan lawatan sambil belajar ke Brunei Darussalam pada tahun hadapan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Permuafakatan K1M Negeri Sabah Tahir Mat Soon; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JAPEN Sabah Mohd Kaya Iggoh; Pegawai Penerangan Daerah Putatan Alias Jaafar serta pengerusi-pengerusi K1M daerah Putatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment