GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, January 2, 2014

MyGST diguna April 2015


2014/01/02 - 08:09:58 AM 
Khazali (kiri) melihat lori yang rosak akibat letupan mercun di stor penguat
kuasa selepas menghadiri majlis ramah mesra di Taman Perumahan Kastam
Pengkalan Kubor, Tumpat, semalam.
Tumpat: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan memperkenalkan perisian komputer khusus untuk memantau dan memudahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata sistem yang dikenali sebagai MyGST sedang diuji kelancaran dan kestabilannya sebelum diedarkan kepada kira-kira 300,000 peniaga berdaftar di seluruh negara. 

“MyGST yang akan mengurus tadbir sistem percukaian GST, dibina dengan kos kira-kira RM100 juta. 

“Jumlah pelesen (peniaga) ini satu bilangan yang besar, jadi kita kena pastikan sistem yang ada, mampu untuk mendaftar semua peniaga dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di Taman Perumahan Kastam Pengkalan Kubor di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan juga menyediakan subsidi kepada peniaga berdaftar untuk mendapatkan sistem komputer itu, bagaimanapun jumlahnya masih belum diputuskan.

“Sistem MyGST ditadbir urus oleh KDRM, cuma pelesen, kerajaan akan beri subsidi untuk beli perisian perakaunan, yang sesuai dengan sistem GST dan latihan juga akan diberi kepada mereka,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober lalu, berkata cukai tunggal GST pada kadar 6 peratus akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada. GST akan dikuatkuasakan pada 1 April, 2015. 

Kutip hasil RM33.1 bilion 

Dalam perkembangan lain, Khazali berkata, jabatannya berjaya mengutip hasil sebanyak RM33.1 bilion pada tahun lalu, meningkat 2.38 peratus berbanding 2012.

Selain itu, KDRM berjaya merampas dadah 1.6 tan bernilai RM114 juta yang cuba diseludup menerusi pintu masuk utama ke Malaysia, sepanjang tahun lalu.

Berikutan itu, Khazali berkata, KDRM akan bekerjasama dengan polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) bagi memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan dan pintu masuk negara.

No comments:

Post a Comment