Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menggesa kerajaan untuk menyelaraskan kembali kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015 dengan kadar sebanyak 5% berbanding 6% yang dicadangkan kerajaan sebelum ini.
Presidennya Muhammad Kamarul Setapa berkata saranan 5% dicadangkan kerana ia merupakan kadar yang paling wajar dilaksanakan apabila pendapatan kerajaan tetap dapat diperolehi sekaligus tidak menimbulkan kejutan kepada rakyat.
Selain itu PPUM turut menggesa kerajaan untuk tidak menaikkan kadar cukai GST sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang.
Lebih dari itu, PMUM juga bertegas menolak GST dikenakan keatas tarif elektrik dan sekiranya ia tetap mahu dilaksakan maka cukai tersebut hanya perlu dikenakan bagi penggunaan melebihi 300kWj sebulan.
" Ini disebabkan, lebih daripada 70% isirumah Malaysia menggunakan 300kWj elektrik, dan sekiranya GST dikenakan pada penggunaan melebihi 200kWj seperti yang dicadangkan kerajaan, ia akan membebankan ramai pihak khususnya mahasiswa dan mahasiswi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tiga perkara tersebut merupakan lapan daripada resolusi yang dicapai oleh PPUM hasil persidangan meja bulat yang disertai oleh Pengarah Cukai Dalaman Jabatan Kastam Diraja Subromaniam Tholasy, Bahagian Analisa Cukai Kementerian Malaysia bersama kesemua Persatuan Belia Malaysia.
Antara lain PPUM juga mencadangkan sistem subsidi biometrik digunakan di kedai bagi tujuan pemberian subsidi kepada golongan yang memerlukan.
"Ini akan menghilangkan kepincangan dalam pemberian subsidi dan memastikan rakyat berpendapatan rendah tidak terbeban menerusi rasionalisasi subsidi
"Kaedah ini pernah diteliti oleh kerajaan sebelum ini tetapi kemudian, isu ini didiamkan begitu sahaja," katanya.
Melalui resolusi itu juga PPUM mahu kerajaan segera menyenaraikan 3,000 barangan yang akan dikecuali daripada GST.
"PMUM menggesa kerajaan supaya tidak melihat GST sebagai satu-satunya cara baru untuk meningkatkan pendapatan negara (capital gains tax) atas transaksi ekuiti di Malaysia. Ini turut akan meningkatkan pendapatan negara," katanya. – 28 Disember, 2013.
No comments:
Post a Comment