GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, January 2, 2014

GST: Bukan semua barangan dicukai


Publication: BH
Date of publication: Dec 30, 2013
Section heading: 1Klassifieds
Page number: 020

GST atau Government Service Tax adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan.

Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah oleh pihak kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya lebih berkesan, saksama, efi sien dan telus. GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak tahun 1972 yang kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produkproduk pertanian serta makanan asas. GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar seragam iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.

Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar). Selain daripada itu, barang dan perkhidmatan yang dieksport juga tidak dikenakan GST bagi menjadikan eksport negara lebih kompetetif di peringkat antarabangsa.

APAKAH PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST?

Perkhidmatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya juga tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan).

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar). Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.

Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain. Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai.

Bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal. Panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai.

Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan pihak kerajaan mahukan peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan kepada pengguna.Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (off set) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Apabila bercerita mengenai kebaikan GST kepada rakyat, ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam bermanfaat. Isu ini telah dicadangkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada.

GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.Pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Pihak kerajaan tidak akan mengenakan GST kepada barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan rempah ratus. Jaminan GST tidak akan dikenakan juga kepada perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Bekalan air paip dan 200 unit pertama penggunaan elektrik sebulan bagi pengguna tempatan juga tidak dikenakanGST.

Perkhidmatan lain seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan dan pembelajaran di sekolah juga termasuk dalam kerangka ini.Bagi memudahkan dan meringankan beban golongan berpendapatan rendah ketika perlaksanaan cukai ini nanti, kerajaan turut memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya. Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami penurunan sebanyak 0.10%.

Berdasarkan kajian tersebut, GST yang dikenakan pada kadar 4% akan dapat mengurangkan harga bagi lapan (8) komponen IHP iaitu pelbagai barangan dan perkhidmatan, restoran dan hotel, komunikasi, pengangkutan, hiasan, perkakasan & penyelenggaraan, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api, pakaian dan kasut, minuman alkohol dan tembakau.

Cadangan bagi barangan yang perlu dikecualikan dari GST adalah perkhidmatan makanan segera di KFC, McDonalds dan lain-lain. Perkhidmatan ini sering menjadi kegemaran ramai dan mudah didapati. Tidak menjadi kekangan untuk pihak kerajaan mengecualikan GST bagi perkhidmatan ini, ia adalah langkah supaya rakyat boleh memuaskan hati mereka tanpa memikirkan perkara yang menjadi masalah iaitu cukai.

Selain itu, hanya sayur-sayuran yang hanya dikecualikan dari cukai, tetapi buah-buahan? Ia penting dalam mengekalkan keseimbangan dan kesihatan rakyat.Terbukti bahawa dua elemen ini sering berkait rapat, sekiranya tiada lagi satu, ia akan menjadi tidak lengkap. Tidak salah kerajaan membuat keputusan menambah barangan tanpa GST, kerana ia menguntungkan pihak kerajaan dan manfaat rakyat juga.

TERBITAN PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR; PKPKL@ hotmail.com

No comments:

Post a Comment