GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, January 2, 2014

Kastam perkenal perisian komputer kepada peniaga berdaftar untuk pantau GST


ARKIB : 01/01/2014

TUMPAT 1 Jan. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan memperkenalkan perisian komputer khusus untuk memantau serta memudahkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, sistem tersebut yang dikenali sebagai MyGST sedang diuji untuk kelancaran dan kestabilan sebelum diedarkan kepada kira-kira 300,000 peniaga berdaftar di seluruh negara.

"Sistem baharu itu yang akan mengurustadbir sistem percukaian GST, dibina dengan kos kira-kira RM100 juta.

"Jumlah pelesen (peniaga) ini satu bilangan yang besar, jadi kita kena pastikan sistem yang ada, mampu untuk mendaftar peniaga yang begitu ramai di dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di Taman Perumahan Kastam Pengkalan Kubor di sini, hari ini. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment