GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, December 17, 2013

Rancang perhimpunan Gay-ST


ARKIB : 14/12/2013
Oleh DHIYA'ZULHILI DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Senator Datuk S. Nallakaruppan mendedahkan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang merancang untuk menganjurkan perhimpunan bagi menghasut rakyat menolak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

Menurutnya, beliau difahamkan, perancangan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan Gay-ST itu akan diadakan pada 20 Disember ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Penganjuran perhimpunan itu, jelasnya, bertujuan mengelirukan rakyat berikutan masih ada yang tidak begitu memahami mengenai pelaksanaan GST.

"Anwar mengambil kesempatan di atas kekeliruan rakyat berhubung GST untuk menggagalkan usaha baik kerajaan melaksanakan cukai baharu ini.

"Pada masa sama, perhimpunan Gay-ST itu juga turut menjadi persoalan kerana perkataan 'Gay' itu seolah-olah ada kaitkan dengan kegiatan homoseksual," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Nallakaruppan, perhimpunan itu juga disifatkan sebagai usaha Anwar untuk terus melakukan sesuatu yang membawa kerosakan kepada negara selain menipu rakyat semata-mata untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri.

Katanya, beliau difahamkan selepas perhimpunan pada 20 Disember itu, perhimpunan Gay-ST itu akan diadakan di negeri-negeri lain bagi mengelirukan rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta agar pihak berkaitan mengambil tindakan untuk menghalang perhimpunan tersebut daripada berlangsung.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment