GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, December 18, 2013

Kuasa beli produk elektronik hadapi tekanan


Publication: HM
Date of publication: Dec 12, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 054

Kuala Lumpur: Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) menjangkakan kuasa beli produk elektronik yang lemah tahun depan berikutan pengguna di negara ini menghadapi tekanan kenaikan harga barang keperluan.

Pengarah Urusannya, Hiroyuki Nuizato berkata, antara faktor yang mempengaruhi kuasa beli pengguna tahun depan termasuk penyelarasan subsidi gula dan petrol, kenaikan tarif elektrik serta cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Namun kami masih berpendapat, ada nilai positif dalam menghadapi cabaran tahun depan kerana setiap cabaran pasti ada peluang," katanya selepas melancarkan produk hiburan dan kesihatan terbarunya di Petaling Jaya, semalam.

Produk itu termasuk televisyen Ultra HD AQUOS, peti sejuk dan perkhidmatan selepas pembelian penyaman udaranya.

Nuizato berkata, SRSSC juga mengunjurkan permintaan televisyen LCD sebanyak dua juta unit di Malaysia yang memberi peluang kepada syarikat untuk memperkenalkan barisan produk baru.

"Kami akan ke depan dalam memperkenalkan televisyen berskrin besar dan kami juga menjangkakan segmen lain akan sedikit naik," katanya.

Televisyen Ultra HD AQUOS adalah televisyen 4K Ultra HD pertama di dunia dengan skrin 70 inci berharga RM29,999 yang mendapat pengiktirafan THX manakala teknologi plasmakluster ion diteruskan dalam pembuatan peti sejuknya.

SRSSC juga menubuhkan pasukan A-Force yang menumpukan usaha di pasaran penyaman udara dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti dari syarikat terbabit.

"Dengan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan, SRSSC yakin dalam pertumbuhan perniagaan tahun depan.

"Apatah lagi SRSSC adalah anak syarikat Sharp yang kukuh berbanding anak syarikat lain di Asia Pasifik," katanya.

No comments:

Post a Comment