GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, December 17, 2013

GST: Tindakan pembangkang burukkan negara


ARKIB : 16/12/2013

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan perhimpunan menolak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya akan membawa kesan buruk kepada negara.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri berkata, perhimpunan yang dianjurkan tanpa kebenaran pihak berkuasa bakal mengundang keadaan huru-hara dan memberi kesan negatif kepada orang ramai secara keseluruhannya.

"Adalah tidak relevan jika beliau (Anwar) anjurkan perhimpunan semata-mata kerana GST sedangkan beliau masih boleh ambil pendekatan positif tidak menggadai ketenteraman awam.

"Dikhuatiri, seperti perhimpunan sebelum ini akan membahayakan keselamatan sama ada orang awam mahupun kepada orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas rancangan Ketua Pembangkang itu untuk mengadakan perhimpunan didakwa bertujuan menghasut rakyat menolak GST yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

Dalam masa sama, beliau menggesa supaya tindakan tegas diambil bagi menghalang perhimpunan itu daripada berlangsung.

"Saya turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan perhimpunan tersebut kerana ia sekadar agenda yang berpandukan emosi dan politik semata-mata," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah (Pencegah), S. R. Jeevan menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan Anwar yang sering mencetuskan provokasi untuk mencapai kepentingan politik peribadinya.

"Saya yakin banyak pihak sudah jemu dengan agenda beliau yang tidak henti-henti mengkucar-kacirkan keadaan. Anwar sepatutnya lebih memahami dan bersikap toleransi kerana tindakan beliau itu akan mewujudkan perpecahan dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.

"Beliau perlu fikir, jika perhimpunan diadakan, tidak akan membawa penyelesaian malah akan menyusahkan orang ramai. Banyak jalan ditutup dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang kronik dan memberi kesan kepada peniaga,'' katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment