GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, December 17, 2013

GST: Kementerian Kewangan adakan 620 taklimat


16 Disember 2013

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan akan mengadakan 620 taklimat mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di seluruh negara tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kementerian juga telah bersedia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan industri berhubung taklimat itu yang dijangka menarik 124,000 peserta.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad berkata taklimat GST itu akan memberi fokus kepada faedah dan kandungan Belanjawan 2014 serta ekonomi Bumiputera.

"Kita telah melihat sambutan menggalakkan daripada para peserta. Industri begitu berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan GST," tambah beliau.

Mulai Januari hingga 11 Dis, 2013, kementerian telah mengadakan 247 taklimat mengenai GST yang menarik 41,825 peserta. 

Malaysia telah bersedia melaksanakan GST pada 1 April, 2015. - Bernama

No comments:

Post a Comment