GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, December 18, 2013

GST mampu tangani isu tipu harga perdagangan


2013/12/17 - 04:25:20 AM

Isu penipuan penetapan harga perdagangan akan dapat ditangani dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang memerlukan pelaporan nilai ditambah pada semua peringkat pengeluaran, kata Bank Negara Malaysia.

Bank pusat itu berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencegah aktiviti haram bagi mengurangkan pengaliran kewangan seperti itu. 

“Menyedari kepentingan menangani aliran kewangan yang berkaitan dengan aktiviti penipuan, usaha berterusan yang konkrit dan bersepadu antara agensi penguat kuasa termasuk agensi rentas sempadan akan terus dilaksanakan bagi memastikan sistem kewangan Malaysia mempunyai integriti dan stabil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. 

Bank Negara berkata, laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan asing telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari negara sedang membangun.

Terlebih catat

Katanya, laporan itu memperakui bahawa penggunaan hab eksport semula menyebabkan anggaran manipulasi penetapan harga dagangan terlebih catat.

“Anggaran yang tidak memasukkan eksport semula melalui Hong Kong adalah tidak ketara bagi Malaysia kerana perdagangan Malaysia dengan Singapura untuk eksport semula adalah lebih daripada tiga kali saiz perdagangan Malaysia dengan Hong Kong. 

“Jika eksport semula melalui Singapura ke 10 rakan perdagangan Malaysia yang utama dimasukkan, ini akan mengurangkan kegiatan penipuan penetapan harga perdagangan kira-kira 70 peratus,” katanya.

Laporan itu juga menganggarkan sebanyak 20 peratus daripada aliran keluar kewangan haram adalah pindahan pendapatan yang tidak direkodkan melalui saluran tidak rasmi.

“Bagi ekonomi yang sangat terbuka seperti Malaysia dengan jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan pada 162 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pengumpulan perangkaan kesilapan dan ketinggalan (E&O) dalam imbangan pembayaran (BoP) cenderung berlaku.

“Yang penting, tidak keseluruhan anggaran E&O disebabkan oleh aktiviti haram dan perangkaan rentas sempadan Malaysia telah secara konsisten memenuhi semua piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

“E&O dan BoP, khususnya adalah pada kadar purata dua peratus daripada jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyak 5 peratus yang ditetapkan oleh IMF,” kata Bank Negara.

Pada 1 Mac tahun ini, Bank Negara telah mengeluarkan siaran akhbar yang memberikan makluman terkini berhubung dengan langkah yang dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi Peringkat Tinggi.

Ia termasuk mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan, memperhebat usaha penguatkuasaan dan mempertingkat mekanisme pengawasan.

Langkah itu telah memberikan hasil positif dan akan terus diperhebat, tegas bank pusat itu.

No comments:

Post a Comment