GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, December 17, 2013

Bantah TPPA dakwa Miti berkompromi


NORSHAHZURA MAT ZUKI
14 Disember 2013
Mohd Nizam Mahshar
PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Bantah TPPA mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkompromi terhadap beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Salt Lake City, Amerika Syarikat dan Singapura, baru- baru ini.

Pengerusi Bantah TPPA, Mohd Nizam Mahshar berkata, maklumat itu diperoleh dari dokumen bocor yang menunjukkan bahawa kumpulan perunding membawa topik dalam perbincangan dan menyatakan beberapa perkara dikompromi.

Menurutnya, perkembangan mesyuarat di Salt Lake City, Amerika Syarikat dan Singapura menunjukkan kepentingan negara diperdagangkan.

“Antaranya ialah isu tembakau dikompromikan padahal sebelum ini Malaysia berpendirian tembakau dikeluarkan daripada perjanjian TPP. Kami mendesak Miti mendedahkan pendirian mengenai 75 isu tidak boleh dikompromi yang diketengahkan sebelum ini,” katanya pada sidang media, semalam.

Mohd Nizam berkata, ketua perunding yang mewakili Malaysia gagal mempertahankan kepentingan negara seperti mana yang dijanjikan sebelum ini.

“ Perundingan menteri – menteri di Singapura, melalui satu maklumat kita terima dan laporan media antarabangsa menyatakan bukan sahaja ada kompromi beberapa isu diperbincangkan dan dipersetujui tetapi Amerika Syarikat telah mengetengahkan cadangan yang lebih membahayakan negara.

“Kita minta kerajaan beri jawapan yang jelas kepada isu ini dan tindakan sewajarnya harus dilaksanakan,” katanya.

Mohd Nizam berkata, Bantah TPPA kecewa terhadap Miti kerana (tindakan) berbeza daripada janji- janji mereka sebelum ini untuk menjaga kepentingan nasional.

“Kerajaan perlu menjelaskan mengenai perkara tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment