GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Sistem kad lebih berkesan


Publication: BH
Date of publication: Nov 1, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 010
Byline / Author: Oleh Suffian A Bakar

Petaling Jaya: Firma audit, percukaian dan penasihat, KPMG, berpendapat pengenalan mekanisme sistem kad pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada golongan berpendapatan rendah lebih berkesan kepada ekonomi negara berbanding pemberian tunai menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Rakan Pengurusannya, Mohamed Raslan Abdul Rahman, berkata sistem kad cukai yang memberikan pengecualian pada `point-of-sale', menyediakan kelegaan secara serta merta tanpa perlu melalui beban pentadbiran, kos dan kelewatan yang kebiasaannya dikaitkan dalam sistem pembayaran balik.

Guna kad ketika belanja

"Menerusi sistem itu, kad akan digunakan hanya apabila berbelanja, tetapi menerusi BR1M, sama ada anda berbelanja atau pun tidak, anda akan tetap dapat duit.

"Kita perlu sensitif kepada golongan berpendapatan rendah dan percaya sistem kad ini boleh diterokai lebih jauh," katanya pada Sidang Kemuncak Cukai Malaysia 2013 anjuran KPMG di Bandar Utama di sini, semalam.

Mohamed Raslan berkata, sistem kad cukai itu adalah satu langkah yang perlu dipertimbangkan dan sistem berkenaan diguna pakai di beberapa negara tetapi menggunakan mekanisma berbeza.

Katanya, pihaknya boleh mencadangkan penggunaan sistem itu kepada kerajaan tahun depan tetapi keberkesanannya bergantung kepada keberkesanan penguatkuasaan.

Berhubung pelaksanaan GST, beliau berkata pengurangan pendapatan kerajaan daripada pungutan cukai secara langsung dan tidak langsung adalah fenomena global.

Katanya, sebagai cukai yang asasnya akan diguna pakai secara lebih meluas, GST secara umumnya boleh dikenakan ke atas semua rantaian barang dan perkhidmatan.

"Saya berpendapat ia dilaksanakan agak lambat, tetapi ia adalah langkah besar," katanya.

Peningkatan ketara FDI

Beliau berkata, negara jiran yang lebih awal memperkenalkan GST menyaksikan peningkatan ketara aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) berikutan syarikat tidak lagi perlu membayar cukai tinggi kerana sistem percukaian disandarkan kepada kepenggunaan.

No comments:

Post a Comment