GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

GST penting untuk negara membangun


by Agnes Tugong. Posted on October 27, 2013, Sunday

BAU: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) penting untuk negara membangun seperti Malaysia bagi memperkukuhkan sistem percukaian negara.

Menteri Muda (Pembangunan Estet Perindustrian), Datuk Peter Nansian Ngusie yang menyokong penuh GST berkata, pelaksanaannya akan membolehkan lebih ramai rakyat menyumbang kepada pendapatan negara.

Ini sekali gus akan membolehkan negara mempunyai lebih banyak dana bagi tujuan pembangunan rakyat di seluruh negara, kata Nansian.

“Salah satu perkara yang baik mengenai Bajet 2014 ialah pelaksanaan GST dan saya menyokong penuh GST kerana ia adalah satu sistem yang menyeluruh dan telah digunakan oleh banyak negara bagi memperkukuhkan sistem cukai negara.

“GST juga bertujuan untuk membolehkan lebih ramai rakyat menyumbang kepada pendapatan negara supaya tidak semua rakyat bergantung kepada hasil pendapatan negara semata-mata,” katanya.

Nansian berkata demikian ketika ditemui media pada perasmian Pesta Jong 2013 yang berlangsung di Tasik Biru di sini, semalam.

Tambah Nansian, rakyat sering kali mengharapkan lebih banyak dana tetapi, “Dari mana dana itu datang? Kita perlu menyumbang dan mereka yang mampu seharusnya menyumbang kepada pendapatan negara.

“Anda tidak perlu bimbang dengan GST terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah kerana semua barangan keperluan tidak dikenakan cukai.

“Mengapa perlu bimbang? Semua barangan keperluan tidak dikenakan cukai tetapi jika anda mahu barangan mewah anda perlu membayar lebih kerana barangan ini dikenakan cukai,” tambah Nansian.

Mengulas lebih lanjut mengenai GST ia akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 berkata GST akan dikuatkuasakan 17 bulan daripada semalam dengan kadar enam peratus antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST sekali gus membuktikan ia satu sistem cukai yang telus, berkesan dan adil.

Sementara itu, perkhidmatan pengangkutan, tol lebuh raya, pelajaran serta perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST.

Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih dikecualikan daripada GST.

Sebaik dilaksanakan, kerajaan akan memberi bantuan sekali sebanyak RM300 kepada isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), serta pengurangan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan dan penstrukturan semula cukai pendapatan individu.

Bagi perniagaan, antara pakej yang dicadangkan oleh kerajaan ialah pengurangan dalam cukai pendapatan korporat dan PKS daripada tahunan penilaian 2016, serta Elaun Modal dipercepatkan bagi kos pembelian peralatan dan perisian ICT, diberikan hingga tahun penilaian 2016.

Ia juga termasuk pengurangan dalam cukai pendapatan koperasi sebanyak satu hingga dua mata peratusan daripada tahun penilaian 2015, serta satu geran latihan RM100 juta kepada perniagaan yang menghantar pekerja mereka untuk latihan GST pada 2013 dan 2014.

No comments:

Post a Comment