GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

GST akan dijelaskan kepada rakyat


Posted on October 30, 2013, Wednesday

TERIMALAH: Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ismail
ketika menziarahi penduduk di Kampung Batu 16 di Yan, semalam. — Gambar Bernama
Pegawai Kementerian Kewangan akan turun padang memberi penerangan

YAN: Kementerian Kewangan akan mengadakan siri jelajah penerangan bagi memberikan maklumat yang tepat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan berkata selain pegawai kementerian turun padang bagi program penerangan itu, pihaknya juga akan turut menggunakan media massa untuk tujuan berkenaan.

“Kita sudah ada laman web yang tertentu, www.gst.customs.gov.my. Antara yang paling efektif kita akan gunakan saluran televisyen utama yang akan dimulakan tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama semasa program melawat dari rumah ke rumah di Pusat Daerah Mengundi Batu 16 Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) dekat sini semalam.

Ahmad berkata antara yang akan diterangkan ialah pelaksanaan GST di negara ini adalah antara yang terbaik daripada 200 buah negara yang telah melaksanakannya.

Ahmad berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pendekatan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dalam menjelaskan GST kepada masyarakat luar bandar agar ia tidak diputar belit pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2014, Jumaat lepas, mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar enam peratus yang akan bermula 1 April, 2015, yang merupakan sistem cukai yang adil dan menyeluruh, untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata Barisan Nasional (BN) amat prihatin terhadap isu-isu yang membabitkan kebajikan masyarakat DUN Sungai Limau, terutamanya keperluan perumahan.

Beliau berkata kerajaan BN akan memastikan rumah mereka yang usang dibaik pulih melalui program Kasih Felda.

Setakat ini sebanyak 200 buah rumah di kawasan ini akan dibaik pulih di bawah program itu mulai awal Disember ini sambil memberi jaminan masalah rakyat di kawasan itu akan dapat diselesaikan jika calon BN menang pada PRK DUN Sungai Limau pada 4 Nov ini.

Terdahulu, Ahmad melawat rumah seorang pesawah Ismail Abdul Rahman, 66, di Batu 16, dekat sini dan menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat, 37. — Bernama

No comments:

Post a Comment