GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

GST tidak membebankan, beri lebih banyak manfaat


by Patricia Gari. Posted on October 29, 2013, Tuesday
TUMPUAN MEDIA: Idris Jala ketika ditemu bual wakil media selepas menyampaikan
ucaptama di Forum Wilayah CAPAM di Kuching, semalam. –Foto: Muhd Rais Sanusi.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan rangkumi barangan keperluan, GST tidak libatkan barangan keperluan

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika ini apabila ia dilaksanakan pada April 2015.

Menurutnya ketika ini rakyat perlu membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang turut merangkumi barangan keperluan sebaliknya GST apabila dilaksanakan nanti ia tidak melibatkan barangan keperluan asas.

“Apabila GST berkuat kuasa nanti Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dilaksanakan sekarang dimansuhkan.

“Maknanya ia bukan cukai baharu tetapi pengganti kepada cukai sedia ada.

“GST tidak akan dikenakan ke atas barangan keperluan khususnya makanan seperti beras, bawang, ikan , ayam dan lain-lain lagi.

“Justeru secara secara keseluruhannya GST tidak akan membebankan rakyat sebaliknya ia akan memberi lebih banyak manfaat apabila kedudukan kewangan negara kukuh,” kataya kepada pemberita semalam.

Terdahulu beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menyampai ucaptama pada Forum Wilayah Persatuan Pengurusan dan Pentadbiran Awam Komanwel (CAPAM) di sini.

Ucaptama beliau bertajuk ‘Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Perkhidmatan Awam yang Responsif dan Akauntabiliti’.

Mengulas lanjut mengenai GST, Idris berkata rakyat perlu diberi penjelasan mendalam mengenai sistem cukai itu.

Justeru ia memerlukan sedikit masa untuk dilaksanankan supaya mencapai objektif utamanya.

Katanya sistem cukai itu telah dilaksanakan di 160 negara dan Malaysia baharu mahu melaksanakannya untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan negara selain meneruskan program-program transformasi kerajaan dan ekonomi.

Sementara itu apabila diminta mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghentikan pembekuan pengedaran buletin mingguan The Herald di Sabah Ahad lepas, Idris berkata ia hanya insiden salah faham antara pihak terlibat.

“Perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana Perdana Menteri telah menegaskan di Sabah dan Sarawak penganut Kristian di kedua-dua negeri itu boleh terus menggunakan kalimah ‘Allah’.

“Ini bukan isu di Sabah dan Sarawak. Saya percaya perkara yang berlaku adalah disebabkan salah faham.

“Tambahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment