GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

MB Selangor: 6% GST tak mencukupi


| October 25, 2013

"Ini bermakna pendapatan kerajaan hanya bertambah 1%, ini tak cukup.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PKR-Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kadar 6% pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak mencukupi untuk menambah pendapatan kerajaan.

Menurut Abdul Khalid, mengikut kajian kos pengendalian GST dianggarkan antara 5% hingga 10%.

“Ini bermakna pendapatan kerajaan hanya bertambah 1%, ini tak cukup.

“Kalau kita nak laksanakan kita punya kadar mesti untuk meningkatkan pendapatan bukan hanya untuk menampung pengurusan GST semata-mata,” katanya dalam reaksi Bajet 2014 yang diumumkan di Dewan Rakyat petang tadi.

Najib semasa pembentangan Bajet 2014 tadi mengumumkan pemansuhan Cukai Servis dan Jualan (SST) tetapi memperkenalkan 6% GST berkuatkuasa April 2015.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Selangor itu menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan menyokong GST dilaksanakan sehingga pendapatan perkapita rakyat menjadi tinggi dan pengagihan banyak.

Beliau turut melihat Bajet ini masih menunjukkan bahawa cara dan strategi bajet Kerajaan BN masih berada di tahap yang lama.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya untuk mengkaji bagaimana kos pentadbiran dan birokrasi dapat dikurangkan memandangkan terdapat kenaikan perbelanjaan setiap tahun tetapi tidak menunjukkan hasil peningkatan.

“Sebab itu kita perlu mengkaji semula bagaimana bukan sahaja hasil dapat ditingkatkan tapi pada masa yang sama cuba kawal berbelanja banyak,” katanya.

No comments:

Post a Comment