GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Kerajaan Tidak Tergesa-Gesa Laksana GST



Ahmad Maslan
November 1, 2013

YAN – Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)yang perlu dilaksanakan jika Malaysia mahu menjadi sebuah negara maju, tidak dilakukan secara tergesa-gesa.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pelaksanaannya bukan dilakukan secara tergesa-gesa kerana pelbagai kajian dan faktor telah diambil kira sebelum kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya pada tahun 2015.

“Kisah GST di Malaysia bermula sejak 2005 lagi, dicadangkan nak dibuat pada 2007 tetapi ditangguhkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik operasi TV3, dekat sini malam tadi.

Malah katanya rang undang-undang mengenainya yang dibentangkan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat pada 2009, ditarik semula.

Ahmad berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ini bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST walaupun beliau (Anwar) mengaku sistem percukaian itu merupakan sistem yang efisien dan telus serta memberi kebaikan kepada pendapatan negara.

Beliau berkata pasukan GST di Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah lama membuat persiapan dan kajian mengenainya.

Selain itu, kedai yang mempunyai perolehan RM500,000 dan ke bawah, seperti warung, kedai runcit, tidak terlibat dengan pelaksanaan GST.

“Mereka tidak perlu mendaftar untuk GST. Oleh sebab itu, saya kira perkara ini tidak perlu dirisaukan,” katanya.

Beliau berkata kenaikan harga barang berikutan pelaksanaan GST hanya berlaku sekejap sahaja iaitu pada peringkat permulaan, dan selepas itu harga barang akan mula stabil dan turun. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment