GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Pelaksanaan GST tidak bebankan rakyat atau merugikan negara


Posted on October 30, 2013, Wednesday

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat atau merugikan negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata walaupun agak lewat, keputusan yang diambil kerajaan untuk melaksanakan GST sebagai cukai penggantian pada April 2015, adalah tepat dan tidak merugikan kerana cukai serupa turut dilaksanakan di 160 negara.

“Dalam soal GST, kita hari ini sudah ada cukai, jualan dan perkhidmatan tapi menjelang 1 April 2015, cukai itu dimansuhkan dan negara hanya ada GST sebagai satu sistem cukai.

“Sebenarnya GST telah dilaksanakan di 160 buah negara di dunia, cuma Malaysia saja baru nak amalkan dan ini adalah kenyataan, maknanya kalau GST itu membebankan rakyat dan merugikan negara, sudah tentu negara berkenaan tidak akan melaksanakannya,” katanya ketika berucap dalam program pembudayaan keusahawanan koperasi sekolah peringkat kebangsaan di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan tentang GST semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen, Jumaat lepas yang akan dilaksanakan pada kadar enam peratus.

Menurut Najib, GST adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia.

Berhubung cadangan agar beberapa sektor atau barangan keperluan diberi pengecualian, Hasan berkata kerajaan dan KPDNKK khususnya sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan bagi membolehkan penambahbaikan atau penyelarasan dapat dibuat menjelang April 2015.

Dalam perkembangan lain, Hasan berkata kementerian akan menerangkan kepada rakyat di seluruh negara mengenai rasional kerajaan menguatkuasakan pemansuhan subsidi gula, bermula 25 Okt lepas.

Pada majlis itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut, Pahang diumumkan sebagai pemenang utama anugerah koperasi terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000, sijil serta pekej pelancongan koperasi bernilai RM3,000.

Untuk rekod, sehingga Sept lepas, terdapat 2,288 koperasi sekolah daripada keseluruhan 10,769 koperasi berdaftar membabitkan 2.16 juta ahli. — Bernama

No comments:

Post a Comment