GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Kejahilan Anwar dalam ekonomi terserlah


October 31, 2013

FMT LETTER, Dari Yuktes Vijay, via e-mail

Bajet 2014 telah dibentangkan Jumaat yang lalu. Bajet tersebut memenuhi kriteria yang dikenal pasti sebelum pembentangan dibuat oleh kajian Standard Charted Bank dan diakui serta diendos oleh Forex Trading untuk kesuburan ekonomi. Antara pengesyoran yang dibuat ialah :

a) Malaysia harus kurangkan fiskal defisit

b) Harus kurangkan subsidi

c) Harus tegas dan yakin dgn implementasi GST

Kesemuanya kriteria di atas dipenuhi sepenuhnya. Namun, menurut Anwar Ibrahim, Bajet 2014 menindas rakyat untuk kesalahan Barisan Nasional yang tidak pandai tadbir negara.

Ini sesuatu yang tidak mengejutkan kerana fakta dan asas dalam ucapan balas Bajet 2014 olehnya selaku Ketua Pembangkang tidak seleputi logik ataupun kebenaran.

Implementasi GST diibaratkan sebagai cukai regresif. Bagaimana GST boleh digelar cukai regresif apabila negara-negara luar progresif seperti UK,France dan Jerman menggunakan sistem yang sama. Di Malaysia pula, hampir 300,000 pekerja akan dikecualikan cukai pedapatan berdasarkan skala gaji baru. Ini regresif?

Kritikan Anwar yang menuduh kerajaan BN tidak prihatin kerana memulakan cukai GST dengan 6%. Anwar turut menggunakan Singapore sebagai contoh untuk menguatkan kritikannya tentang GST. Kejahilan ekonomi Anwar terserlah melalui kenyataan-kenyataan ini. Malah ia menampilkan sebab hutang negara kita naik sebanyak 10% ketika portfolio Menteri Kewangan dipegang olehnya.

Cukai GST dimulakan pada kadar 6% kerana 3% peratus daripada jumlah pungutan cukai akan digunakan untuk kaedah serta penyelarasan cukai. Hanya 3% daripada jumlah kutipan cukai itu menyumbang kepada pendapatan negara. Perbandingan dengan Singapura tidak masuk akal kerana keadaan ekonomi,nilai mata wang,densiti penduduk serta per capita kedua-dua negara sangat berbeza.

Lebih-lebih lagi, Singapura telah memperkenalkan sistem cukai yang baru berdasarkan nasihat “Report of the Economic Committee, The Singapore Economy: New Direction” empat tahun sebelum implementasi GST. Cukai di Singapura mencecah 40% sebelum itu dan itulah sebabnya cukai GST di Singapura dimulakan dengan 3% dan tidak ditukar untuk jangka masa yang panjang.

Anwar juga berpendapat ini bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan GST kerana kadar ekonomi yang rendah. Sekali lagi, sumbangan pendapat yang tidak berasas. Kajian terperinci ini dibuat setelah perbandingan dibuat diantara UK dan Jerman di mana pada 1979 UK naikkan peratusan GST dan pada 1968 Jerman naikkan GSTnya. Inflasi di Jerman boleh dibendung pada masa itu kerana kadar ekonominya rendah tapi inflasi telah naik di UK kerana kadar ekonomi ketika itu tinggi.

Akhir kata, International Monetary Fund(IMF) [organisasi di mana Anwar pernah memegang jawatan pengerusi j/kuasa] telah lama menyaran Malaysia untuk mengamalkan GST untuk pengutipan cukai secara rapi dan penambahan jumlah kutipan cukai. Takkan Anwar berpendapat lain dengan “penasihat ekonominya” ketia kegawatan ekonomi 1998?

Pemansuhan subsidi gula juga dipolitikkan Anwar yang menuduh pemansuhan tersebut menguntungkan taikun gula iaitu Syed Mokhtar AlBukharu. Satu lagi hujah tahap pra sekolah. Sila baca cerita di bawah.

“Azmin suka makan ais krim. Dia beli ais krim tiga kali sehari untuk RM1 untuk satu ais krim. Malangnya satu hari harga ais krim naik.

Kalau Azmin terus beli tiga ais krim, belanja dia sehari adalah RM 6. Penjual ais krim yang untung. Adakah penjual ais krim itu bersalah kerana jual ais krim?

Kalau Azmin beli satu ais krim sahaja sehari, dia jimat RM1 sehari. Malah, tahap kesihatan Azmin akan lebih baik. Nampak beza? Azmin dapat makan ais krim yang dia suka, dapat tingkatkan tahap kesihatan dan juga sempat jimat RM1.”

Inilah hakikat sebenar Bajet 14 Barisan Nasional yang dibentangkan oleh PM Najib Tun Razak. Tahu tak anda hanya Malaysia yang memberi subsidi untuk gula? Malah negara Indonesia, Filipina dan Thailand yang mempunyai per kapita yang lebih daripada Malaysia mengenakan harga yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Subsidi gula hanya memanfaatkan syarikat-syarikat minuman ringan. Menurut kajian, purata yang digunakan oleh syarikat adalah lapan sudu besar dan individu pula 4-5 sudu besar. Masa itu, Anwar Ibrahim tidak bersuara pun syarikat-syarikat tersebut mengaut untung.

Isu-isu pelaksanaan GST dan pemansuhan subsidi gula memang bernas dan wajar. Anwar tidak mampu fikir secara waras kerana keinginan untuk berkuasa. Pembohongan serta taktik tipu Anwar mengenai Bajet 2014 akan didedahkan lagi selepas ini agar rakyat faham Anwar hanya pentingkan kuasa, bukan kebajikan rakyat, kemakmuran ekonomi ataupun pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment