GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Siri penerangan beri pemahaman


Publication: HM
Date of publication: Oct 30, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 028

Kuala Lumpur: Siri jelajah dan promosi penerangan di media massa mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat memahaminya dengan lebih jelas sebelum ia dikuatkuasakan pada 2015.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, ketika ini kementerian sedang merangka bentuk hebahan berkesan yang memudahkan pemahaman rakyat dan akan dilaksana menerusi bantuan televisyen, radio, akhbar selain perantara media lain.

"Penjelasan mengenai GST buat masa ini sekadar menerusi ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2014 lalu yang diketengahkan media.

"Jadi kita akan segera melaksanakan pelan media GST ini supaya rakyat boleh memahaminya dengan baik.

"Namun buat sementara, bagi sesiapa yang inginkan maklumat boleh melayari laman www.gst.customs.gov.my.

"Pertanyaan juga boleh diajukan dengan menghubungi talian 03-88822420 atau 03-88822843 mahupun talian hotline 1-300-888-500," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jumaat lalu, Najib mengumumkan cadangan kerajaan memperkenalkan GST sebagai satu inisiatif menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

No comments:

Post a Comment