GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Kastam sedia laksana GST


Publication: HM
Date of publication: Oct 30, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 028
Byline / Author: Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersedia untuk menguruskan pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula pada 1 April 2015.

Ketua Pengarahnya Datuk Khazali Ahmad berkata, jabatan yang dipertanggungjawabkan mentadbir pelaksanaan GST itu juga dijadualkan akan menerima sistem pengkomputeran percukaian berkenaan hujung tahun ini.

Menurut beliau, selain sistem itu, KDRM turut melakukan persediaan membabitkan aspek pegawai dan infrastruktur bagi memastikan pelaksanaan GST berjalan lancar.

"Kami sudah bersedia sejak beberapa tahun lalu sama ada daripada segi pegawai, infrastruktur dan sistem pengkomputeran.

"Malah, sistem pengkomputeran percukaian GST itu hampir 100 peratus siap dan dijangka diterima hujung tahun ini.

"Kini, hanya tinggal beberapa perkara iaitu dari segi integrasi jabatan dengan ejen bank yang dilantik untuk melaksanakannya," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Khas Bersama Ketua Pengarah Kastam Sempena 50 Tahun Anugerah Gelaran Diraja di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Zainul Abidin Taib dan Pengarah Bahagian Korporat Datuk Ab Hamid Salleh.

Kata Khazali, sehingga kini, lebih 1,500 pegawainya sudah dilatih mengenai pelaksanaan percukaian GSTmelalui beberapa kursus dan sesi latihan yang dianjurkan.

No comments:

Post a Comment