GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Kurang subsidi gula dapat reaksi positif



Publication: HM
Date of publication: Oct 30, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 034

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi gula bagi menggalakkan rakyat menjaga kesihatan mendapat reaksi positif pelbagai pihak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata, laporan ekonomi, agensi rating dan pakar menyifatkan langkah itu sebagai suatu yang bermanfaat untuk masa depan rakyat, terutama dalam menyahut seruan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

"Secara keseluruhannya Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu menerima reaksi yang cukup positif daripada semua, malah soal pengurangan subsidi gula juga disambut dengan pandangan yang baik.

"Ini supaya apabila negara kita mencapai taraf negara maju pada 2020, rakyat kita semuanya sihat belaka," katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Sambutan Hari Koperasi Sekolah dan Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Begitupun, Hasan berkata, kementeriannya memberi penerangan kepada rakyat di seluruh negara mengenai rasional menguatkuasakan pemansuhan subsidi gula, bermula 25 Oktober lalu.

Mengulas mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), katanya ia tidak akan membebankan rakyat.

No comments:

Post a Comment