GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

RPGT bertujuan atasi masalah spekulasi - Wahid



KUALA LUMPUR 31 Okt. - Langkah kerajaan menaikkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) bertujuan mengatasi masalah spekulasi hartanah, selain menjayakan kempen pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan 30 peratus kadar RPGT dikenakan kepada mereka yang membeli dan menjual rumah dalam tempoh kurang daripada tiga tahun pemilikan.

''Beza antara pelaburan (pemilikan rumah) dan spekulasi, kalau betul-betul nak melabur, jangka masanya sama ada sederhana atau panjang, iaitu melebihi tiga tahun. Kalau dalam masa tiga tahun (jual), itu spekulasi.

''Kalau nak beli rumah dan apabila rumah siap, jual, itu bukan pelaburan tetapi spekulasi. Kita nak kurangkan perkara ini. Kita mahu galakkan pemilik rumah ini melabur, simpan atau sewakan (rumah), itu (satu bentuk) pelaburan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Bajet 2014 anjuran Parker Randall Malaysia and Aftaas Taxation Services Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Abdul Wahid mengulas kenyataan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) yang melihat langkah meningkatkan RPGT dalam pengumuman Bajet 2014 memberi isyarat kepada pelabur terhadap ketidaktentuan dasar di negara ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu Kementerian Kewangan melalui 'pasukan' khasnya akan memberikan penerangan dari semasa ke semasa kepada rakyat di pelbagai peringkat berhubung pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

''Pasukan khas itu akan menyusun jadual tetapi bagi saya dan anggota Kabinet lain, kita akan bantu memainkan peranan sama,'' ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment