GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Jangka kekal 6% selama 5 tahun



Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
bisnes@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Okt. - KPMG Tax Services Sdn. Bhd. (KPMG) menjangkakan kerajaan mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada enam peratus bagi tempoh lima tahun pertama pelaksanaannya pada 1 April 2015.

Pengarah Eksekutif Ketua Cukai KPMG, Khoo Chin Guan berkata, langkah ini akan membolehkan rakyat dan perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan pembaharuan cukai baharu.

"Kadar GST yang bakal dilaksanakan di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini berbanding di antara tujuh hingga 10 peratus bagi negara-negara lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Persidangan Cukai KPMG Malaysian 2103 disini hari ini.

Sementara itu, Rakan Pengurusan Negara KPMG Malaysia, Mohd. Raslan Abdul Rahman berkata, GST tidak akan membebankan golongan berpendapatan sederhana dan rendah kerana cukai pendapatan akan dikurangkan.

"Dengan pengenalan GST juga, kadar cukai peribadi dan pendapatan akan boleh dikurangkan sedikit," katanya.

Jelasnya, Bajet 2014 memberi signifikan kepada usaha kerajaan untuk menangani pengurangan defisit sebanyak 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2014 dan mencapai tiga peratus menjelang 2015.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment