GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

PAS, PKR tidak sebulu


Publication: HM
Date of publication: Nov 1, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 027

Yan: Barisan kepemimpinan PAS seakan tidak sehaluan dengan suara pemimpin rakan mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang kerana berpendirian untuk menolak perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ini berikutan dua pemimpin utama PKR iaitu Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden parti itu Mohamed Azmin Ali menyatakan perlaksanaan GST sangat baik dan ia satu bentuk cukai paling efisien.

Bagaimanapun, kenyataan mereka dilihat tidak senada dengan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar yang menegaskan bahawa PAS negeri tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST berkenaan.

No comments:

Post a Comment