GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Pembangkang akui GST efisien



Publication: HM
Date of publication: Nov 1, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 027

Yan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemimpin pembangkang sudah tidak mampu berdolak-dalik dengan rakyat dan terpaksa mengakui kerajaan mengambil langkah tepat dengan mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menerusi Bajet 2014.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, GST sudah dilaksanakan di 160 negara termasuk di negara maju terbukti memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi.

Katanya, sekiranya cukai itu tidak memberi manfaat kepada ekonomi, sudah pasti negara terbabit kembali menggunakan sistem percukaian asal, sebelum pelaksanaan GST.

"Kita rasa pada konteks ini, mungkin mereka merasakan kita buat perkara yang betul. Jadi, mungkin mereka dirasakan tidak perlu berdolak-dalik dalam hal ini," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Yan, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015 adalah sistem cukai efisien, namun menggesa kerajaan mengambil kira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.

Jamil Khir berkata, kerajaan tidak tergesa-gesa melaksanakan GST kerana hanya menetapkan berkuat kuasa mulai 1 April 2015 bagi membolehkan rakyat menyesuaikan diri dengan sistem menggantikan cukai jualan itu.

Pada masa sama, katanya, GST dijangka ditetapkan pada kadar enam peratus dan tidak merangkumi kebanyakan barangan keperluan harian supaya tidak menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

No comments:

Post a Comment