GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

GST: Pendapat pembangkang berbeza




MOHD. Shafie Apdal beramah mesra dengan penerima sumbangan program baikpulih rumah peribadi di Majlis Penyampaian Bantuan FELCRA Berhad di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpang Tiga, Sungai Limau, semalam.

JERAI 31 Okt. - Perbezaan kenyataan pemimpin pakatan pembangkang berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seharusnya dapat membuka mata rakyat dengan amalan politik mereka yang bertujuan menarik sokongan orang ramai dalam sesuatu isu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kenyataan yang berbeza itu hanya untuk mengelirukan rakyat sehingga menimbulkan persoalan kenyataan siapakah yang dipakai bagi menggambarkan pendirian mereka.

"Rakyat harus faham dan tahu bahawa inilah amalan puak pembangkang. Di Dewan Rakyat cakap lain, di Sungai Limau cakap lain. Tidak tahu hendak pakai yang mana satu.

"Saya baca surat khabar mereka kata GST baik, tetapi apabila saya masuk ke Sungai Limau dalam ceramah mereka kata GST menyusah dan membebankan rakyat. Tujuan sebenar ialah untuk mengelirukan rakyat semata-mata bagi menarik sokongan, '' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Felcra Berhad bagi program membaik pulih rumah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Simpang Tiga di sini hari ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini dilaporkan mengakui GST merupakan sistem percukaian yang telus, efisien serta mampu memberi kebaikan jangka panjang kepada ekonomi negara.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilaporkan merayu kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau supaya memilih calon parti itu sebagai protes kepada pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan kerajaan menerusi Bajet 2014.

Mohd. Shafie yang yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pembangkang sebenarnya sedar GST adalah sistem cukai terbaik yang diamalkan oleh lebih 160 buah negara.

Katanya, sistem cukai itu merupakan satu usaha untuk memperkukuhkan ketahanan ekonomi negara ini.

"Pembangkang ini biasalah amalan mereka, kata GST tak baik tetapi di satu peringkat pula kata baik untuk negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa kelulusan peruntukan kerajaan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina DUN Sungai Limau bertujuan menarik sokongan sempena pilihan raya kecil kawasan itu, beliau menegaskan, bantuan seumpama itu tidak bermusim.

Katanya, ia bukan untuk memancing undi kerana pentadbiran kerajaan berfungsi sepanjang masa tanpa mengira ada pilihan raya atau tidak.

"Yang kita buat semua tidak baik. Kita buat jalan di kampung pun tak baik tetapi dia tidak buat apa pun baik. Bila orang minta kita bagi, kalau minta dekat dia tidak bagi," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment